Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia anjurkan promosi untuk peranti Galaxy sempena musim kemerdekaan

Bermula hari ini sehingga 19 September 2021, Samsung Malaysia akan menganjurkan promosi khas untuk telefon pintar, tablet dan fon telinga wayarles terpilih sempena musim Kemerdekaan. Dalam promosi ini, pelanggan akan menerima salah satu daripada tiga hadiah utama.

Antara produk yang akan dijual dalam promosi ini termasuklah siri Samsung Galaxy S21 5G, Galaxy S20 FE, siri Galaxy Note20 5G, Galaxy Z Flip, Galaxy Z Fold2 5G, siri Galaxy A52, Galaxy A72, Galaxy Tab A7 Lite, Galaxy Tab S7 Series, Galaxy Buds Live, Galaxy Buds Pro dan lain-lain model.

Hadiah percuma pula akan diberikan dalam tiga pilihan:

Selain peranti-peranti Galaxy, Samsung Malaysia turut menganjurkan promosi kemerdekaan untuk alat elektronik lain seperti pembesar suara, televisyen, monitor, mesin basuh, ketuhar mikro dan banyak lagi. Anda juga boleh menyertai kempen #MalaysiaDiHatiku untuk peluang memenangi telefon Samsung Galaxy A32.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli peranti Samsung dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version