Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia lancarkan Galaxy Tab S6 Lite: Tablet 10.4 inci dengan S-Pen pada harga RM1,699

Selepas khabar angin sejak Mac lalu, Samsung akhirnya telah melancarkan Galaxy Tab S6 Lite untuk pasaran malaysia. Tablet yang merupakan varian ringan kepada Galaxy Tab S6 ini menampilkan skrin sebesar 10.4 inci dan datang dengan S-Pen.

Tidak seperti S-Pen dalam Tab S6, S-Pen Tab S6 Lite tidak mempunyai bateri jadi anda tidak perlu risau tentang tenaganya. Selain itu, tablet ini juga mempunyai kamera 8MP yang boleh merakam video HD penuh (1920 x 1080) pada 30fps.

Untuk kegunaan hiburan, pembeli Galaxy Tab S6 Lite akan diberikan akses kepada YouTube Premium secara percuma selama empat bulan. Selain itu, tablet itu juga dilengkapi dengan aplikasi Spotify yang telah dilaraskan khas untuk kegunaan dalam tablet tersebut.

Berikut adalah spesifikasi penuh Galaxy Tab S6 Lite:

Ia datang dalam warna kelabu Oxford Gray dan biru Angora Blue, serta dijual pada harga RM1,699. Jika anda merasakan Tab S6 adalah terlalu mahal, mungkin Tab S6 Lite adalah peranti yang sesuai untuk anda.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan tablet Samsung baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version