Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia lancarkan pakej khas Galaxy S21, Buds Pro & Watch Active2 berharga RM4,599

Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah produk khas bernama Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem yang menawarkan telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21, fon telinga wayarles Samsung Galaxy Buds Pro dan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Active2 dalam sebuah pakej khas.

Pakej ini bertujuan untuk membantu pelanggan mula menggunakan peranti dalam ekosistem Samsung Galaxy. Dijual pada harga bermula RM4,599, pakej ini juga akan menjimatkan wang sehinga RM798 berbanding jika tiga produk tersebut dibeli secara berasingan.

Pakej ini hanya akan dijual bermula 15 April sehingga 30 April, di mana setiap produk yang disertakan serta kotak akan ditawarkan dalam warna ungu. Berikut adalah jenis pakej yang ditawarkan oleh Samsung Malaysia:

Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem Pack (S21+)

Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem Pack (S21)

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang pakej khas ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran Samsung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version