Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia lanjutkan akses percuma YouTube Premium selama 4 bulan sehingga 2021

Tontonan di YouTube kini lebih banyak berikutan pandemik yang melanda. Selain daripada perlu menghadapi tetapan asas 360p untuk mengelakkan pelayan sibuk, satu lagi hal yang perlu dihadapi adalah iklan. Tambahan pula, terdapat dua iklan yang tidak boleh dilangkau. Agak leceh.

Warganet seluruh dunia memahami tiada siapa yang suka melihat iklan di YouTube. Jika anda masih tidak tahu, anda sebenarnya boleh melangkau iklan jika anda melanggan YouTube Premium. Ia sudah lama berada di Malaysia dan kini pengguna Samsung Galaxy boleh mendapat langganan percuma YouTube Premium sehingga 4 bulan kerana Samsung Malaysia melanjutkan penawaran ini sekali lagi!

Langganan percuma YouTube Premium sehingga 4 bulan ini boleh didapati jika anda membeli peranti baru seperti siri Samsung Galaxy S20, Galaxy Z Flip, Galaxy Fold dan Galaxy Tab 6 Lite. Di samping itu, jika anda membeli Galaxy A51 baharu atau peranti Samsung yang lain, anda masih boleh mendapatkan langganan percuma, tetapi selama 2 bulan sahaja. Kesemua yang dinyatakan ini hanya tertakhluk jika anda membeli peranti Samsung pada tempoh sekarang sehingga 5 Mac 2021!

Sepintas lalu, langganan YouTube Premium memberi pengalaman tontonan bebas iklan, menyimpan video 1080p secara offline, memainkan video pada luar aplikasi dan akses YouTube Music Premium. Yuran langganan bulanan YouTube Premium bermula daripada RM14.90.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version