Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia mahu anda bina aplikasi telefon lipat untuk peluang menangi produk bernilai RM39,188

Samsung Malaysia Electronics akan menganjurkan pertandingan Developer Day Hackathon yang menjemput para pelajar universiti Malaysia untuk mencipta idea baharu dalam antara muka UI/UX untuk telefon lipat Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip.

Developer Day Hackathon ini akan berlangsung pada 14-15 Jun 2023. Para peserta boleh menggunakan platform Samsung dan Android bagi memanfaatkan mekanisme unik pada telefon lipat, serta membina aplikasi untuk para pengguna umum dalam situasi harian.

Daripada dua hari tersebut, tiga pasukan akan dipilih sebagai pemenang pada setiap hari, menjadikan jumlah keseluruhan pemenang kepada enam pasukan. Setiap pemenang akan membawa pulang produk Samsung bernilai RM39,188.

Pertandingan ini akan dianjurkan dengan kerjasama oleh Taylor’s University dan Universiti Tunku Abdul Rahman. Ia adalah salah satu daripada pelbagai aktiviti dalam Samsung Galaxy Space, sebuah acara yang ditujukan khas untuk belia Gen-Z dalam membangunkan produk Samsung.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Malaysia

Exit mobile version