Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia menawarkan servis ‘sanitizing’ percuma untuk semua pengguna telefon pintar

Dengan penularan COVID-19 di Malaysia, Samsung Malaysia telah mengambil initiatif untuk menawarkan Galaxy Sanitizing Service untuk rakyat Malaysia di seluruh negara. Tersedia di Samsung Service Centres, servis ini boleh didapatkan secara percuma.

Menurut laman web rasmi, Samsung menggunakan teknologi cahaya UV-C. Teknologi ini boleh membersihkan peranti anda tanpa menggunakan apa-apa cecair kimia. Melalui pengesahan panduan pihak atasan, Samsung telah mendapat kebenaran untuk menggunakan cahaya UV-C. Samsung juga memastikan bahawa teknologi ini tidak akan memberi kesan kepada telefon pintar. Namun, hasilnya bergantung kepada model tertentu.

Sebagai tambahan, servis ini tersedia untuk bukan pengguna Samsung juga secara percuma. Jika anda ingin membersihkan tablet Samsung atau Galaxy Watch, anda boleh ke pusat servis di The Garden dan Pavilion.

Oleh kerana servis ini boleh digunakan untuk mana-mana telefon, ayuhlah kita ke sana dan membersihkannya untuk kebaikan bersama. Jaga kebersihan anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version