Samsung Malaysia bakal memperkenalkan sesuatu yang pintar dan hebat menerusi pelancaran siri Galaxy A terbaharu. Bersempena dengan pelancaran siri telefon pintar Galaxy A, pelanggan boleh mendapatkan e-voucher RM100 dengan hanya RM10.
Promosi ini berlangsung dari 24 Februari hingga 17 Mac 2025 di mana pelanggan boleh membeli e-voucher SR+ dengan harga RM10. E-voucher ini akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh 24 jam. Ia boleh digunakan semasa pembelian siri Galaxy A yang baharu dari 18 hingga 31 Mac 2025 dengan memasukkan kod promosi di kotak pembayaran.
Samsung menjanjikan peranti pintar dengan keupayaan kamera yang luar biasa, bateri tahan lama, keselamatan dipertingkatkan serta akses kepada Samsung Wallet untuk ganjaran tambahan. Untuk maklumat lanjut dan tempahan e-voucher, layari Samsung Malaysia di sini.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

