Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia sediakan servis pemeriksaan dan baiki peranti secara percuma untuk mangsa banjir

Samsung Malaysia Electronics telah mengumumkan bahawa mereka akan membantu mangsa banjir di Malaysia dengan memberikan sokongan daripada segi pembersihan dan pemeriksaan sekali sahaja serta kos buruh percuma untuk membaiki produk Samsung yang terjejas.

Pelanggan boleh menghubungi talian 1800-88-9999 untuk sembang langsung melalui Ahli Samsung atau pergi ke laman web rasmi Samsung untuk membuat temu janji atau untuk butiran lanjut mengenai program. Ia bermula mulai 23 Disember hingga 31 Januari 2022.

Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version