Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia tawarkan diskaun 30% untuk Odyssey Neo G9 Gaming Monitor, penjimatan sehingga RM2,800

Untuk meraikan ketibaan monitor permainan Samsung Odyssey Neo G9 super ultra lebar di Malaysia, Samsung Electronics Malaysia (SME) telah bekerjasama dengan pencipta gaming tempatan iaitu YingTze, Teh Jin Shi (FanCFreakz), JanuaryAKG, Mamajess520 dan Aisaka Miharu. Tawaran yang menarik diberikan khas daripada pencipta gaming di atas.

Peminat boleh mendapatkan kod promosi istimewa dari halaman media sosial mereka untuk mendapatkan diskaun 30% bernilai lebih RM2,800 daripada harga pasaran RM9,499 sehingga 31 Disember 2021

Samsung Odyssey Neo G9 adalah monitor skrin melengkung 49” 1000R dilengkapi dengan panel Quantum Matrix HDR2000 yang canggih untuk memaparkan setiap butiran game. Ia menawarkan tindak balas 1ms dengan G-Sync dan FreeSync Premium Pro. Kadar penyegaran semula 240hz dan pencahayaan Odyssey Infinity Core yang boleh disesuaikan dapat memberikan pemain pengalaman visual yang sempurna.

Lawati laman web rasmi Samsung untuk tahu lebih butiran mengenai Samsung Odyssey Neo G9. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version