Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM800 untuk Galaxy Tab sempena Hari Raya

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, Samsung Malaysia akan menganjurkan promosi khas untuk rangkaian produk Galaxy Tab di mana para pelanggan boleh menikmati rebat wang tunai sehingga RM800.

Promosi ini akan ditawarkan untuk siri Galaxy Tab A7, Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S8. Antara yang menarik termasuklah Galaxy Tab S7 FE yang mempunyai skrin 12.4 inci, pembesar suara AKG Dolby Atmos dan bateri 10,090mAh pada harga RM2,099 (harga asal RM2,349).

Berikut adalah senarai harga tablet Galaxy Tab yang terlibat dalam promosi ini:

Promosi ini akan berlangsung sehingga 10 Mei 2023 dan boleh didapati di kedai Samsung Experience Store, pengedar sah Samsung Authorised Retailers, laman web Samsung Online Store serta laman Samsung Flagship Stores di Shopee dan Lazada. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli tablet Samsung melalui promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version