Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia tawarkan potongan harga sehingga RM800 untuk Galaxy Tabs

Bersempena Hari Bapa, Samsung Malaysia telah menurunkan harga untuk beberapa model tablet. Promosi bermula hari ini sehingga 30 Jun dan anda boleh memiliki Samsung Galaxy Tabs pada semua harga baharu dengan penjimatan sehingga RM800.

Promosi potongan harga ini tersedia untuk model Galaxy Tab S7 FE, Galaxy Tab S8 Ultra dan Galaxy Tab A7 Lite. Tambahan, anda akan mendapat langganan Viu 1 tahun percuma bernilai RM99.90 apabila anda membeli siri Galaxy Tab S.

ModelStoranHarga Promosi (RM)
Galaxy Tab S8 Ultra 5G12/256GB5,399
Galaxy Tab S8 Ultra dengan KBD12/256GB5,099
Galaxy Tab S8 Plus 5G8/256GB4,299
Galaxy Tab S8 Plus dengan KBD8/256GB3,999
Galaxy Tab S8 5G8/128GB3,299
Galaxy Tab S8 dengan KBD8/128GB2,999
Galaxy Tab S7 FE6/128GB2,099
Galaxy Tab S7 FE4/64GB1,799
Galaxy Tab S6 Lite LTE4/64GB1,599
Galaxy Tab S6 Lite4/64GB1,299
Galaxy Tab A7 Lite LTE3/32GB599
Galaxy Tab A7 Lite4/64GB599

Dengan Tab, anda boleh menikmati pengalaman yang lancar merentas ekosistem Samsung Galaxy apabila disambungkan ke telefon pintar Galaxy, Galaxy Watch atau Galaxy Buds. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila layari laman rasmi Samsung Malaysia.

Kongsi pendapat anda tentang promosi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version