Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia tawarkan promosi khas sempena Hari Ibu, penjimatan sehingga RM1,799

Jika anda ingin menghadiahkan peranti baharu kepada ibu kesayangan, Samsung Malaysia sedang menganjurkan promosi istimewa yang menawarkan harga diskaun dan pelbagai produk percuma. Promosi ini akan berlangsung pada 8 hingga 31 Mei 2025.

Anda boleh beli pelbagai peranti Samsung dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran, kemudian setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah percuma. Sebagai contoh, anda boleh dapatkan siri telefon Samsung Galaxy S25 dengan diskaun sehingga RM300, kemudian anda akan terima jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch secara percuma (bernilai RM1,199). Ini bermaksud anda menerima penjimatan sehingga RM1,799 untuk kedua-dua peranti.

Berikut adalah senarai produk yang ditawarkan dalam promosi Hari Ibu ini:

ProdukStoranHarga pasaran (RM)Diskaun
(RM)
Harga selepas diskaun
(RM)
Hadiah percuma
Galaxy S25 Ultra1TB7,7993007,499Galaxy Watch 7 40mm bernilai RM1,199
512GB6,5993006,299
256GB5,9993005,699
Galaxy S25+512GB5,5992005,399Galaxy Watch7 40mm bernilai RM1,199
256GB4,9992004,799
Galaxy S25512GB4,5991004,499Galaxy Watch7 40mm bernilai RM1,199
256GB3,9991003,899
Galaxy S24 Ultra512GB6,0991,0005,099Galaxy Buds3 bernilai RM599
256GB5,4991,0004,499
Galaxy S24+512GB5,3991,2004,199Galaxy Buds3 bernilai RM599
256GB4,8991,2003,699
Galaxy S24512GB4,0994003,699Galaxy Buds3 bernilai RM599
256GB3,4994003,099
Galaxy S24 FE512GB3,8993003,599Galaxy Buds3 bernilai RM599
256GB3,2993002,999
Galaxy A56 5G128GB1,9992001,799Galaxy Fit3 bernilai RM299 & Pengecas 25W tanpa kabel (EP-T2510) bernilai RM89
256GB2,1992001,999
Galaxy A36 5G128GB1,4992001,299Pengecas 25W tanpa kabel (EP-T2510) bernilai RM89
256GB1,6992001,499
Galaxy A26 5G128GB1,199200999Pengecas 25W tanpa kabel (EP-T2510) bernilai RM89
256GB1,3992001,199
Galaxy Z Flip6512GB5,5999004,699
256GB4,9999004,099
Galaxy Z Fold61TB9,0999008,199
512GB7,8999006,999
256GB7,2999006,399
Galaxy Watch Ultra 47mm3,3995002,899
Galaxy Watch7 44mm1,2991501,149
Galaxy Watch7 40mm1,1991501,049
Galaxy Buds3 Pro999150849
Galaxy Buds3599150449

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai pembeliannya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version