Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia tawarkan rebat sehingga RM1,200 untuk pelbagai gajet sempena Hari Raya Aidilfitri

Seperti kebanyakan jenama teknologi lain yang menganjurkan promosi khas sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang, Samsung Malaysia menganjurkan promosi Syawal Serba Baharu yang menawarkan diskaun sehingga 25% atau rebat sehingga RM1,200 untuk pelbagai perantinya.

Promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2025 dan ia melibatkan pelbagai kategori peranti Samsung Galaxy seperti telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai peranti Samsung yang terlibat dalam promosi ini:

Telefon pintar Galaxy S dan Galaxy Z

ModelRebat
Galaxy S25 UltraRM 600
Galaxy S25+RM 500
Galaxy S25RM 400
Galaxy S24 UltraRM 500
Galaxy S24+RM 1,200
Galaxy S24RM 400
Galaxy S24 FERM 600
Galaxy Z Flip6RM 900
Galaxy Z Fold6RM 900

Telefon pintar Galaxy A

Khas untuk para pelanggan telefon pintar Galaxy A36 5G dan Galaxy A56 5G, anda akan menerima hadiah tambahan bernilai RM429.

ModelRebat
Galaxy A16 5GRM 100
Galaxy A26 5GRM 200
Galaxy A36 5GRM 200
Galaxy A56 5GRM 200

Tablet, fon telinga dan jam tangan

ModelRebat
Galaxy Tab S6 Lite (LTE)RM 300
Galaxy Tab S6 Lite (Wifi)RM 300
Galaxy Watch Ultra 47mmRM 500
Galaxy Watch7 44mmRM 150
Galaxy Watch7 40mmRM150
Buds3 ProRM 150
Buds3RM 150

Beritahu kami di Facebook jika sebarang peranti Samsung di atas menarik perhatian anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version