Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia x Festival Good Vibes bawakan 42 kumpulan penyanyi, dari 21 hingga 23 Julai ini

Samsung Malaysia Electronics telah bekerjasama dengan Good Vibes Festival (GVF) untuk memberi inspirasi kepada Gen Z melalui muzik, gaya hidup dan hiburan. Muzik adalah salah satu instrumen untuk mengekpresikan emosi untuk golongan muda terutamanya Gen Z.

Menurut MIDia Research, 85% kanak-kanak berumur 16 hingga 19 tahun mengatakan muzik adalah bahagian penting dalam kehidupan mereka kerana Gen Z membesar dengan kelahiran dan kemunculan media sosial serta internet di mana mereka boleh mengekspresikan diri mereka.

Festival Muzik Good Vibes ialah festival muzik tempatan dan gaya hidup yang besar yang menampilkan penghibur tempatan dan antarabangsa yang hebat bermula pada tahun 2013.

Samsung juga menyediakan faedah seperti berikut:

  1. Diskaun 15% untuk tiket GVF untuk semua ahli Samsung
  2. Lorong pantas untuk pengguna telefon Samsung Galaxy
  3. Acara menarik dengan hadiah percuma dan barangan semasa festival berlangsung (21-23 Julai)
  4. Kereta sorong percuma di pintu masuk untuk mereka yang menghadiri festival (kurang berjalan kaki, lebihkan berpesta)

Untuk maklumat lanjut tentang GVF, anda boleh pergi ke pautan laman rasmi di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version