Site icon TechNave BM

Samsung masih lagi jenama telefon yang paling banyak dipalsukan

Semalam, 15 Mac adalah tarikh istimewa di China sempena hari melawan barang palsu. Walaupun barang palsu hari ini lebih baik daripada beberapa tahun lalu, ia masih tidak dapat menandingi kualiti barang asli.

Sempena hari istimewa ini, CNBeta telah mengeluarkan laporan mengenai telefon palsu berdasarkan data dari penanda aras AnTuTu. Dari bulan Mac 2020 sehingga Februari 2021, AnTuTu telah mengesan peranti palsu sebanyak 572,303 kali, meliputi 4.24% dari jumlah pengesanan mereka.

Yang menarik, AnTuTu turut menunjukkan peratusan jenama telefon palsu yang telah dikesan. Berdasarkan data mereka, Samsung adalah yang terbanyak diikuti dengan peranti dari Apple dan HUAWEI. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana jenama-jenama yang disebutkan mempunyai pegangan pasaran telefon pintar yang terbesar.

Untuk model telefon palsu pula, HUAWEI P10 masih lagi kekal di tangga teratas dengan 66,085 unit, diikuti oleh iPhone X dengan 16,495 unit. Di dalam tangga sepuluh teratas, lima telefon jenama Samsung telah disenaraikan.

Adakah anda terkejut dengan berita ini? Kongsikan pendapat anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version