Site icon TechNave BM

Samsung mempatenkan 6 kamera utama pada peranti Galaxy seterusnya

Terkini, Samsung dilaporkan mempatenkan tetapan kamera belakang atau kamera utama peranti Galaxy seterusnya. Apa yang menariknya, tetapan kamera ini berjumlah sehingga enam sensor kesemuanya!

Sebagai peringatan awal kepada anda, paten merupakan rekaan awal oleh jenama telefon pintar. Paten yang tular tidak semestinya bakal diaplikasikan pada keluaran telefon pintar seterusnya. Namun, masih ada kemungkinan untuk pengaplikasian mana-mana paten.

Menurut maklumat paten Samsung, fail paten ini bertajuk ‘Metod dan Ciri Pengoperasian Kamera Campuran dalam Fotografi Digital’. Daya penarik paten ini bukan sahaja terletak pada rekaannya, tetapi teknologi yang menggabungkan pelbagai sensor kamera.

Tambah sumber, perkakas fizikal akan digunakan untuk membantu kedudukan dan pertukaran lensa kamera semasa penggunaan. Sejauh manakah teknologi ini mampu menguruskan gabungan enam sensor kamera?

Apa pun, berita ini bukanlah paten sah yang bakal digunakan Samsung pada peranti Galaxy seterusnya. Mungkin mereka bakal gunakan paten lain, mungkin juga mereka bakal mengaplikasikan tetapan enam kamera. Apa pula pendapat anda?

Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: letsgodigital

Exit mobile version