Site icon TechNave BM

Samsung mengesahkan kewujudan Galaxy A82 5G secara tidak sengaja

Samsung baru sahaja melancarkan telefon tercanggih dalam siri telefon kelas pertengahan Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A72 pada bulan Mac. Kini, syarikat Korea Selatan mungkin akan memperkenalkan satu lagi telefon dalam siri tersebut iaitu Samsung Galaxy A82 5G.

Samsung tidak mengesahkan kewujudan telefon itu secara rasmi, namun sumber mengesan nama telefon tersebut dalam laman web kemas kini keselamatan untuk telefon pintar Galaxy. Galaxy A52 dan Galaxy A72 pada masa ini dijadualkan untuk mendapat kemas kini bulanan, manakala Galaxy A82 5G dilihat akan mendapat kemas kini secara suku tahunan.

Memandangkan nama Galaxy A82 5G ada dalam senarai tersebut, mungkin menunjukkan bahawa ia akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi. Ia mungkin adalah Samsung Galaxy Quantum 2 yang dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa.

Galaxy Quantum 2 telah dilancar di Korea Selatan pada bulan April dan ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 855+ serta skrin AMOLED 6.7 inci 120Hz.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A82 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Central

Exit mobile version