Site icon TechNave BM

Samsung menghasilkan LPDDR5 RAM 16GB, telefon pintar seterusnya mungkin bakal dihuni RAM besar ini

Terkini, sumber melaporkan Samsung telah mula menghasilkan modul LPDDR5 (Low-Power Double Data Rate 5) RAM 16GB di kilangnya. Samsung mengumumkan hal ini di laman web rasminya dengan menyatakan pakej baru ini terbina dari generasi kedua 10nm yang menawarkan kelajuan pemindahan data 5.500Mb/s.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, pasaran teknologi yang semakin berkembang pastinya mempunyai permintaan yang lebih tinggi. Permintaan untuk prestasi, kelajuan, grafik yang semakin tinggi perlu dipenuhi. Oleh itu, Samsung turut mengumumkan bahawa pakej LPDDR5 RAM 16GB ini bakal dihuni oleh peranti seterusnya!

Terdahulu, keluaran pertama LPDDR5 RAM dihuni oleh beberapa peranti baru yang dilancarkan seperti siri Samsung Galaxy S20, Galaxy Z Flip, iQOO 3 dan siri Xiaomi Mi 10. Mungkin kami akan memaklumkan kepada anda mengenai prestasi keluaran pertama LPDDR5 RAM ini dalam ulasan peranti-peranti di atas.

Adakah 16GB LPDDR5 RAM bakal memuaskan pasaran teknologi? Beritahu pendapat anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi yang terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version