Site icon TechNave BM

Samsung mengitar semula jaring ikan terbuang untuk peranti Galaxy akan datang

Samsung Electronics telah membangunkan bahan baharu yang diperbuat daripada jaring ikan yang dibuang ke lautan bagi menunjukkan pencapaian yang seiring dengan ‘Galaxy for the Planet’. Ini bertujuan untuk memastikan lautan bersih serta dapat memelihara dan memulihara alam sekitar dengan memberikan kelebihan mampan untuk komuniti Galaxy.

Samsung akan menggabungkan plastik lautan guna semula di seluruh barisan produk mereka bermula dengan peranti Galaxy baharu yang akan didedahkan pada 9 Februari di acara Samsung Unpacked. Peranti ini akan mencerminkan usaha mereka untuk menghapuskan plastik sekali guna dan meluaskan penggunaan bahan-bahan lain yang mementingkan alam sekitar. 

Anda mungkin membayangkan botol air atau beg runcit yang hanyut di permukaan laut tetapi lebih teruk lagi, terdapat 640,000 tan pukat ikan yang ditinggalkan dan dibuang setiap tahun telah memerangkap dan menjerat hidupan marin, merosakkan terumbu karang dan habitat semula jadi. 

Samsung komited untuk menangani pencemaran plastik lautan dengan cara yang akan memberi kesan positif bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada kehidupan pengguna Galaxy. Penggunaan semula plastik terikat lautan hanyalah langkah pertama untuk menangani krisis iklim dan alam sekitar. 

Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai visi Samsung untuk masa depan di acara Samsung Unpacked pada 9 Februari pukul 11 ​​malam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version