Site icon TechNave BM

Samsung mulakan pengilangan Galaxy Z Fold 3 & Flip 3, jumlah lebih banyak daripada tahun lepas

Sebelum ini kami telah pun melaporkan bahawa telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Samsung Galaxy Z Flip 3 mungkin akan dilancarkan pada bulan Ogos bersama Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE). Kini, Samsung dilaporkan telah pun memulakan pengilangan kedua-dua telefon lipat tersebut bagi mencapai tarikh pelancaran pada bulan Ogos.

Selain itu, Samsung juga dikatakan akan meningkatkah jumlah pengilangan Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 dengan lebih banyak berbanding tahun-tahun lepas. Syarikat teknologi Korea Selatan itu mengilangkan sebanyak 50,000 ke 70,000 unit telefon sehari, bagi mencapai jumlah keseluruhan sebanyak tujuh juta unit.

Sebagai rujukan, Samsung hanya menghasilkan sekitar sejuta ke dua juta telefon lipat pada tahun lepas. Samsung mungkin telah meningkatkan pengilangan untuk kategori telefon ini berikutan jualan Galaxy Z Fold2 pada tahun lepas yang mendapat sambutan menggalakkan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat Samsung pada tahun ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Front Page Tech

Exit mobile version