Site icon TechNave BM

Samsung mungkin akan gunakan cip grafik AMD dalam telefon kelas pertengahan

Samsung telah menjalin kerjasama dengan syarikat semikonduktor AMD sejak 2021 dan kerjasama tersebut menghasilkan beberapa cipset Exynos yang mengandungi teknologi AMD, seperti Exynos 2200 yang terdapat dalam siri Samsung Galaxy S22. Kini, Samsung dilapor bakal menawarkan teknologi AMD dalam telefon kelas pertengahan pula.

Menurut pengkhabar teknologi @Tech_Reve, Samsung akan menggunakan unit pemproses grafik (GPU) buatan AMD dalam cipset-cipset Exynos yang dilengkapkan dalam telefon kelas pertengahan iaitu Exynos 1430 dan Exynos 1480. Cipset-cipset ini akan diperkenalkan seawal tahun hadapan.

Sebelum ini, Exynos 2200 yang mempunyai GPU AMD dengan teknologi grafik RDNA2 hanya dikhaskan untuk telefon kategori andalan (flagship) di mana ia boleh menjana prestasi tinggi untuk bermain game serta menyokong teknologi canggih seperti tekapan cahaya (ray tracing).

Untuk cipset kelas pertengahan ini, ia dikhabarkan akan menggunakan cip grafik mRDNA dan dilengkapi dalam cipset Exynos 1430 serta Exynos 1480. Sungguh pun begitu, ia bukannya dikhaskan untuk prestasi grafik, sebaliknya ia akan difokuskan untuk pemprosesan gambar.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version