Site icon TechNave BM

Samsung mungkin akan hadkan zum dalam Galaxy Note 20 Ultra setakat 50x

Anda tentunya sudah mengetahui tentang kebolehan zum 100x dalam Samsung Galaxy S20 Ultra. Namun jika anda mengharapkan fungsi yang sama terdapat dalam Galaxy Note 20 Ultra kelak, ia mungkin tidak terjadi kerana maklumat terbaru mengatakan kebolehan zumnya hanyalah sehingga 50x.

Menurut sumber dari Twitter, Samsung telah membatalkan pelan untuk melengkapkan Note 20 Ultra dengan 100x Space Zoom dan sebaliknya akan berusaha untuk mengoptimakan pengalaman zum dalam 50x. Sebelum ini, sumber yang sama turut menyatakan Note 20 Ultra akan dilengkapi cipset Snapdragon 865+, skrin 120Hz dan fungsi-fungsi S-Pen yang baru.

Pemberi sumber ini sudah pun mempunyai reputasi yang boleh dipercayai dalam maklumat awal tentang peranti-peranti Samsung, namun berita ini bukanlah berita rasmi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Ice Universe Twitter

Exit mobile version