Site icon TechNave BM

Samsung mungkin akan lancarkan Galaxy A82 dalam masa terdekat, dilengkapi kamera 64MP

Dua hari lalu, Samsung telah melancarkan beberapa peranti terbaru mereka dari siri Galaxy A iaitu Galaxy A52 dan Galaxy A72. Kini, khabar angin mengenai abang sulung siri Galaxy A, Galaxy A82 pula telah muncul dalam talian.

Galaxy A82 ini akan melangkah satu generasi dan bakal menggantikan Galaxy A80 yang dilancarkan pada tahun 2019 lalu. Jika kita lihat pada Galaxy A80, ia hadir dengan teknologi pusing yang menggunakan kamera utama sebagai kamera swofotonya.

Kebolehan kamera utama pusing Galaxy A80

Mengikut sumber, tiada lagi kepastian mengenai penggunaan teknologi kamera pusing pada Galaxy A82. Namun, sumber memberitahu bahawa Galaxy A82 mungkin akan hadir dengan kamera utama 64MP yang menggunakan sensor Sony IMX686.

Galaxy A82 ini juga dikhabarkan akan menggunakan cipset Sanpdragon 855+ (atau 860 yang akan dilancarkan tidak lama lagi).

Buat masa ini, tiada lagi berita rasmi mengenai kehadirannya ke pasaran global. Ini mungkin akan dijual di Korea Selatan sahaja.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti Galaxy A82 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version