Site icon TechNave BM

Samsung mungkin akan lancarkan Galaxy Fold yang lebih murah pada bulan Julai

Menurut CEO Display Supply Chain Consultants (DSCC) Ross Young, Samsung merancang untuk melancarkan telefon pintar lipat Galaxy Fold yang akan dijual dengan harga yang lebih berpatutan pada Julai ini. Beliau mengatakan varian ini bakal dijual pada harga US$1,099 (~RM4,782) dan akan dijual sebanyak 55 ribu unit sahaja.

Telefon yang dinamakan Samsung Galaxy Fold Special Edition itu akan mempunyai rupa yang serupa dengan Galaxy Fold asal dan bakal menjadi telefon lipat yang paling murah di pasaran.

Sebelum ini, editor XDA Developers Max Weinback melaporkan Samsung Galaxy Fold Lite 4G akan dilengkapi memori 256GB dan cipset Snapdragon 865. Demi mengurangkan harga, Samsung akan menggunakan komponen yang terdapat dalam telefon Samsung lain pada tahun 2018, 2019 dan 2020. Selain itu, skrin keduanya juga adalah lebih kecil berbanding yang terdapat pada Galaxy Fold.

Ia juga tidak akan dilengkapi Ultra-Thin Glass pada skrin dalamannya, jadi kualiti imejnya mungkin lebih rendah sedikit berbanding Galaxy Z Flip.

Walau bagaimanapun, ini masih sebuah khabar yang tidak disahkan oleh Samsung. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah lama berminat untuk mendapatkan Galaxy Fold dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version