Site icon TechNave BM

Samsung mungkin akan lancarkan telefon Galaxy A baharu pada 17 Mac 2022

Siri telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A merupakan antara telefon terlaris di seluruh dunia pada setiap tahun dan kini syarikat Korea Selatan itu mungkin akan melancarkan model baharu untuk Galaxy A dalam masa terdekat.

Menurut pengkhabar berita teknologi Evan Blass, siri Galaxy A seterusnya bakal dilancar pada hari Khamis, 17 Mac 2022. Tarikh tersebut disediakan dalam sebuah poster yang menunjukkan huruf A dan dihiasi dengan pelbagai jenis corak ceria.

Sebelum ini, material pengiklanan untuk siri Galaxy A memang sinonim dengan rekaan berwarna-warni yang diketengahkan untuk golongan belia dan remaja.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang nama telefon yang akan dilancar. Pada tahun lalu, Samsung telah melancarkan Galaxy A52, Galaxy A72 dan Galaxy A32 pada waktu yang serupa, jadi kita mungkin boleh menjangkakan Galaxy A53 dan Galaxy A73 pada tahun ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon pintar Galaxy A terbaru dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version