Site icon TechNave BM

Samsung mungkin akan menyertakan fungsi S-Pen dalam Galaxy Fold seterusnya

Nasib siri telefon pintar Samsung Galaxy Note dikatakan terumbang-ambing kerana sokongan S-Pen bakal diperkenalkan dalam telefon Samsung yang lain, seperti yang telah berlaku pada Samsung Galaxy S21 Ultra. Kini, media melaporkan bahawa sebuah telefon lipat Samsung dengan sokongan S-Pen mungkin akan dilancarkan pada tahun ini.

Menurut ETNews, Samsung berjaya memperkenalkan penggunaan stilus ke dalam sebuah skrin lipat dan fungsi ini mungkin akan disertakan dalam Galaxy Z Fold 3. Sebelum ini, penggunaan sebuah digitiser atau stilus pada skrin lipat adalah sesuatu yang sukar dilakukan, tidak seperti pada skrin rata.

Jika perkara ini berlaku, siri Galaxy Note tidak lagi mempunyai tarikan unik yang membezakannya dengan peranti Samsung lain. Terdapat pihak yang meramal bahawa Samsung akan menamatkan siri Galaxy Note dalam masa terdekat, namun ini bukanlah sesuatu yang telah dipastikan oleh Samsung.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ETNews

Exit mobile version