Site icon TechNave BM

Samsung mungkin akan perkenalkan Galaxy Z Flip3 Lite pada 11 Ogos

Samsung dikhabar akan menganjurkan acara Galaxy Unpacked seterusnya pada 11 Ogos di mana dua telefon lipat, Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy Z Flip3, akan dilancar. Kini terdapat khabar baru mengatakan bahawa sebuah lagi telefon lipat akan dilancar iaitu Samsung Galaxy Z Flip3 Lite.

Media Korea Selatan melaporkan bahawa Flip3 Lite adalah varian Flip3 yang lebih murah dan akan dijual dengan bilangan yang lebih tinggi. Sebelum ini, Samsung pernah dikhabarkan akan melancarkan empat telefon lipat pada tahun 2021 dan Flip3 Lite adalah salah satu daripadanya.

Galaxy Z Flip3 mungkin akan dijual pada harga USD1,249 (~RM5,195), oleh itu harga Flip3 Lite adalah lebih rendah daripada itu. Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang sebarang pelancaran atau spesifikasinya daripada Samsung.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Smart Price, Korea Herald

Exit mobile version