Site icon TechNave BM

Samsung mungkin bakal menjadi salah satu pengeluar vaksin Pfizer COVID-19

Sebagai satu syarikat yang terkenal dengan peranti berteknologi seperti telefon pintar, jam pintar dan tablet, Samsung kini mengambil langkah untuk membantu mengatasi wabak COVID-19.

Menurut The Korea Herald, Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan Albert Bourla, Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, akan membincangkan mengenai projek ini di Amerika Syarikat (AS). Sekiranya semua berjalan lancar, projek ini akan ditanggung oleh Samsung Biologics, yang merupakan syarikat bioteknologi di bawah Kumpulan Samsung.

Kedua-dua negara telah bersetuju untuk pengembangan vaksin bersama sejak Mei 2021 di mana penandatanganan rasmi perjanjian akan dilakukan akhir minggu ini dengan kehadiran Presiden Korea Selatan. Kerajaan Korea turut fokus untuk menjadi antara lima pengeluar vaksin teratas di dunia pada tahun 2025.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version