Site icon TechNave BM

Samsung mungkin bangunkan cipset serba baharu untuk siri Galaxy S pada 2025

Samsung dilaporkan akan membangunkan cipset sendiri untuk siri Galaxy S pada 2025. Walaupun barisan set cip Exynos adalah cip seterusnya yang mungkin digunakan, tetapi ia tidak dibuat khusus untuk siri S kerana Samsung menjual beberapa set cip dalaman kepada pembuat telefon pintar lain seperti Motorola dan vivo.

Menurut penerbitan Korea Selatan, Inews24 dan IceUniverse mengatakan bahawa pegawai Samsung tidak berpuas hati dengan tindak balas terhadap GOS pada siri Galaxy S22. Terdapat juga isu mengenai hasil dan pengurusan haba yang lemah bagi cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200. 

Oleh itu, syarikat mengambil inisiatif baharu untuk mendekati matlamat utama dalam memiliki peranti yang optimum. Cipset Exynos pra-2020 yang lebih lama menggunakan teras CPU Samsung tersuai walaupun Samsung menutup bahagian teras CPU tersuainya pada Disember 2019. 

Maklumat masih tidak jelas sama ada Samsung akan menggunakan cipset Exynos atau cipset serba baharu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version