Site icon TechNave BM

Samsung mungkin hasilkan sensor kamera sehingga 600MP untuk telefon pintar

Seperti yang sudah dijangkakan, tahap andalan (flagship) untuk sesebuah telefon pintar pasti akan semakin meningkat tahun demi tahun. Telefon pintar kini boleh mencapai sehingga 108MP dan Samsung kini dilapor cuba untuk hasilkan sensor kamera sehingga 600MP untuk telefon pintar.

Menurut sumber yang mendedahkan perkara dalam pembentangan Investors Forum 2020, sensor 600MP dilihat pastinya akan menghasilkan bonjolan yang lebih tinggi. Ia juga kelihatan seperti kamera digital pada telefon yang berukuran sehingga 22mm. Jika saiznya sebegini, telefon dengan sensor 600MP pastinya tidak dapat dimuatkan ke dalam poket, kecuali jika ia mempunyai mekanisme tertentu untuk membolehkannya dimuat ke dalam poket.

Apa pun, ISOCELL perlu lebih berusaha untuk mengecilkan bonjolan kamera. Setakat ini, sensor 600MP masih lagi tidak tersedia, namun perkara ini tidak mustahil memandangkan teknologi akan sentiasa berkembang.

Adakah anda memerlukan sensor kamera sehingga 600MP? Menurut kami, syarikat telefon pintar perlu memfokuskan kepada kualiti sensor dan perisiannya berbanding menambah bilangan piksel. Kongsikan pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai Samsung di pautan ini!

Sumber: IceUniverse

Exit mobile version