Site icon TechNave BM

Samsung mungkin kembalikan bicu audio 3.5mm pada ‘flagship’ seterusnya

Beberapa tahun lalu, Apple telah membunuh kewujudan bicu audio 3.5mm pada peranti flagship. Jenama lain kemudian dilihat mengikuti langkah tersebut. Terkini, terdapat sumber berita yang mendedahkan bahawa Samsung mungkin akan mengembalikan semula bicu audio 3.5mm pada peranti flagship.

Untuk pengetahuan anda, berita ini hanyalah sebuah spekulasi yang tidak rasmi. Namun, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Sumber mendakwa Samsung bakal menguji kewujudan bicu audio 3.5mm sama ada pada siri Samsung Galaxy S atau siri Samsung Galaxy Note untuk tahun seterusnya, 2021 atau 2022.

Sumber turut menjelaskan faedah yang bakal diperoleh jika Samsung mengembalikan ciri ini. Jika ia hadir pada siri Galaxy S, ia akan menjadi topik hangat dalam media dan memberi publisiti percuma. Jika ia hadir pada siri Galaxy Note, ia satu eksperimen yang baik, tetapi mungkin kurang hasilnya.

Apa pun, berita ini hanyalah spekulasi semata-mata. Jika ianya benar hadir pada peranti flagship Samsung akan datang, adakah anda berminat untuk mendapatkannya atau anda tidak kisah dengan kewujudannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: cnBeta

Exit mobile version