Site icon TechNave BM

Samsung mungkin lancarkan siri Samsung Galaxy S21 pada hujung tahun ini

Kelihatannya, laporan melalui sammobile.com memberi bayangan bahawa Samsung mungkin melancarkan siri Galaxy S21 sebelum berakhirnya tahun 2020. Walaupun masih tiada maklumat rasmi mengenainya, namun kita mungkin boleh mempertimbangkan khabar angin ini.

Setakat ini, kami masih ketiadaan apa-apa maklumat rasmi mengenainya. Walau bagaimanapun, anda boleh melihat khabar angin dan spekulasi mengenai spesifikasi siri Samsung Galaxy S21. Antara spekulasi lepas adalah janaan Snapdragon 875/Exynos 1000, skrin 4K 120Hz, lima kamera dan mungkin sokongan S Pen.

Spekulasi mengenai pelancaran Galaxy s21 ini muncul kerana terdapat laporan mengenai komponen Galaxy S21 yang akan mula dihasilkan secara besar-besaran pada bulan hadapan (enam minggu awal dari garis masa lepas).

Sementara ia masih berada pada tahap spekulasi, kami berharap agar anda menunggu berita rasmi atau berita yang lebih jelas mengenai spesifikasinya.

Apakah pandangan anda jika benar siri Samsung Galaxy S21 hadir pada hujung tahun ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: sammobile

Exit mobile version