Site icon TechNave BM

Samsung mungkin sedang berusaha untuk membawa ciri 120Hz buat resolusi WQHD ke dalam siri Galaxy S20

Walaupun siri telefon pintar Galaxy S20 baru sahaja diumumkan pada minggu lepas, Samsung kini dikhabarkan sedang berusaha untuk menyertakan opsyen 120Hz buat resolusi WQHD+ (2960 x 1440) dalam siri telefon itu. Berita ini dibawakan oleh Max Weinbach, penulis di XDA Developers.

Buat masa ini, siri S20 sudah pun mempunyai kebolehan 120Hz tetapi itu hanyalah untuk resolusi Full HD (1920 x 1080) yang lebih kecil daripada resolusi asal telefon itu iaitu WQHD+.

Antara cabaran yang perlu diselesaikan oleh Samsung untuk memperkenalkan ciri 120Hz dalam WQHD adalah isu penggunaan bateri yang tentunya akan digunakan dengan lebih tinggi serta prestasi perkakasan telefon itu sendiri untuk menyokong paparan sepantas 120Hz.

Sebelum ini, Max Weinbach memberikan maklumat yang agak tepat berkenaan siri S20 sebelum telefon itu dilancar secara rasmi, jadi kenyataan Max ini ada benarnya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version