Site icon TechNave BM

Samsung nafikan berita tentang Samsung Galaxy S21 FE yang terpaksa ditangguh

Beberapa hari lalu, pelancaran untuk telefon pintar Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) dikhabarkan terpaksa ditanguh kerana masalah kekurangan cip semikonduktor yang menjejaskan industri elektronik seluruh dunia. Kini Samsung telah mengeluarkan kenyataan terhadap berita tersebut dengan menyatakan bahawa ia adalah palsu.

Dalam sebuah mesej kepada Bloomberg, Samsung mengatakan mereka tidak membuat sebarang keputusan terhadap penangguhan Samsung Galaxy S21 FE. Mereka juga mengatakan Samsung tidak akan berkongsi maklumat untuk produk yang masih belum dilancar.

Berita ini telah dilaporkan oleh media Korea Selatan, ETNews, di mana mereka menyatakan kekurangan cip Qualcomm telah memaksa Samsung untuk menangguhkan pelancaran Galaxy S21 FE. Laporan asal oleh ETNews kini telah pun dipadam.

Setakat ini, Galaxy S21 dikhabarkan akan mula dikilang pada bulan Julai dan dilancar pada bulan Ogos. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version