Site icon TechNave BM

Samsung Neo QLED 4K serendah RM155 sebulan melalui pelan Maxis Home Fibre

Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan kempen baharunya dengan Maxis untuk pengguna Maxis Home Fibre memiliki Samsung Neo QLED 4K daripada RM155 sebulan tanpa bayaran pendahuluan. Ini membolehkan pelanggan Samsung mendapatkan promosi apabila mereka mendaftar dengan pelan Maxis Home Fibre.

Samsung Neo QLED 4K yang dilancarkan baru-baru ini padat dengan Teknologi Matriks Kuantum dan Pemproses Kuantum Neural 4K yang menangkap setiap butiran dengan kawalan cahaya ultra-halus yang tepat. Ia memberikan pengalaman Dolby Atmos dengan pembesar suara saluran teratas dan Smart Hub untuk anda menonton filem, rancangan TV dan gaming.

Neo QLED 4K 75 inci berharga RM13,599 tetapi dengan pelan Maxis Home Fiber, pelanggan boleh membawa pulang peranti itu dengan melanggan Maxis Zerolution Contract untuk menikmati pelan ansuran sifar faedah untuk sama ada 36 atau 24 bulan pada kadar yang lebih rendah. Bukan itu sahaja, anda boleh menerima Samsung Slim Fit Cam bernilai RM499 secara percuma dari 25 Mei hingga 30 September 2023.

Pelan Maxis Home Fibre Kontrak Zerolution 36- bulanKontrak Zerolution 24-bulan
Maxis Fibre 500MbpsRM188/bulanRM289/ bulan
Maxis Fibre 800MbpsRM155/ bulanRM257/ bulan

Ketahui lebih lanjut mengenai Samsung Neo QLED 4K di laman web rasmi Samsung dan pelan Maxis Home Fibre di kedai dalam talian Maxis.

Exit mobile version