Site icon TechNave BM

Samsung Neo QLED TV 2023 rasmi di Malaysia, hadir dengan siri Q Soundbar bermula RM5,999

Hari ini, Samsung melancarkan barisan baharu TV Neo QLED 2023 dan Peti Sejuk Beku Top Mount BESPOKE untuk pasaran Malaysia. TV Neo QLED 2023 dikuasakan oleh Neural Quantum Processor 8K yang memanfaatkan AI dan teknologi pembelajaran mesin untuk memberikan kualiti visual yang terbaik.

Sebagai TV pintar segmen mewah, ia mempunyai beberapa ciri untuk meningkatkan pengalaman menonton anda. Ini termasuk Auto HDR Remastering, Real Depth Enhancer Pro dan Pemetaan Persepsi Warna. Selain itu, pembesar suara TV ini dilengkapi Dolby Atmos dengan Adaptive Sound Pro yang menapis semula dan memproses bunyi melalui AI.

TV juga hadir dengan aplikasi Gaming Hub yang menawarkan penstriman prestasi premium, keserasian aksesori dan peningkatan AI bagi grafik. Ciri lain seperti Motion Xcelerator Turbo Pro dan FreeSync Premium Pro juga akan melengkapkan pengalaman gaming anda dengan kadar segar semula 144Hz dalam resolusi 4K.

Bermula 25 Mei hingga 11 Jun 2023, Samsung Malaysia menawarkan Hadiah WOW bernilai sehingga RM6,499. Anda boleh menyemak harga dan promosi pelancaran untuk TV Neo QLED 8K 2023 di bawah:

Model TVHarga (RM)Promosi
85″ Neo QLED 8K QN900C
43,699
Percuma Q-Series Soundbar HW-Q990C bernilai RM6499
75″ Neo QLED 8K QN900C
28,699
Percuma Q-Series Soundbar HW-Q990C bernilai RM4999
65″ Neo QLED 8K QN900C
21,699
Percuma Q-Series Soundbar HW-Q990C bernilai RM4999
85″ Neo QLED 8K QN800C32,699Percuma Q-Series Soundbar HW-Q800C bernilai RM3999
75″ Neo QLED 8K QN700C18,199Percuma Q-Series Soundbar HW-Q700C bernilai RM2999
65″ Neo QLED 8K QN700C
15,199
Percuma Q-Series Soundbar HW-Q700C bernilai RM2999
85″ Neo QLED 4K QN95C
24,199
Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2599
75″ Neo QLED 4K QN95C
19,199
Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2599
65″ Neo QLED 4K QN95C
13,399
Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2599
55″ Neo QLED 4K QN95C
11,199
Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2599
85″ Neo QLED 4K QN85C18,599Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2599
75″ Neo QLED 4K QN85C13,599Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2599
65″ Neo QLED 4K QN85C9,599Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2599
85″ Neo QLED 4K QN80C15,199Percuma Q-Series Soundbar HW-B650 bernilai RM1499
75″ Neo QLED 4K QN80C11,199Percuma Q-Series Soundbar HW-B650 bernilai RM1499
65″ Neo QLED 4K QN80C
7,199
Percuma Q-Series Soundbar HW-B650 bernilai RM1499
55″ Neo QLED 4K QN80C5,999Percuma Q-Series Soundbar HW-B650 bernilai RM1499

Untuk menikmati tawaran promosi pelancaran, anda boleh melawati kedai dalam talian Samsung Malaysia atau anda boleh mengetahui butiran lanjut mengenai Neo QLED 8K di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version