Site icon TechNave BM

Samsung Odyssey Neo G9 dilancar di Malaysia: Monitor “gaming” 49 inci 240Hz berharga RM9,499

Hari ini, Samsung Malaysia Electronics mengumumkan kehadiran Odyssey Neo G9, monitor permainan yang diiktiraf dengan teknologi Quantum Matrix. Ia dilengkapi dengan paparan LED Quantum Mini terbaik dalam industri dan Quantum HDR 2000 untuk pengalaman permainan yang mengasyikkan.

Ia menggunakan berbilion LED Mini yang disalut dengan lapisan mikro ultra nipis untuk penghasilan sumber cahaya 1/40 setinggi LED konvensional. Dengan ruang skrin dua panel 27″, paparan ultra lebar 1000R 49-inci, penyegaran semula 240Hz  dan Quantum HDR 2000, ia menawarkan tahap kecerahan yang jelas membolehkan pemain melihat butiran kecil serta empat kali lebih pantas berbanding monitor gaming yang lain.

Ia diilengkapi sepenuhnya dengan G9 yang menyokong AMD FreeSync Premium Pro dan Nvidia G-Sync Compatible yang turut berfungsi pada kad grafik AMD dan Nvidia. Bahagian luarnya berwarna putih berkilat yang sesuai untuk persekitaran dan sistem pencahayaan teras infiniti belakang yang merangkumi 52 warna dan lima pilihan kesan pencahayaan.

Odyssey Neo G9 dengan Quantum Mini LED boleh didapati dengan harga RM9,499.00 dan boleh dibeli melalui kedai rasmi Samsung, penjual yang diikitiraf Samsung dan kedai rakan kongsi mulai hari ini.

Berikut merupakan spesifikisi yang terdapat pada monitor Odyssey Neo G9:

 ModelG95NA
SkrinSaiz Skrin49″
 Rata / LengkungLengkung 1000R 
 Nisbah Aspek1:08:09
 HDRYa
 HDR 10+Ya
 Resolusi5,120 x 1,440
 Masa tindak balas1ms (GTG)
 Kadar Penyegaran Semula240Hz
 Sudut Pandangan178° (Horizontal) / 178° (Vertical)
Ciri Gaming FreeSyncFreeSync Premium Pro
 G-SyncG-Sync Compatible
 Auto Source Switch +Ya
 Etc.Pengoptimum Saiz Skrin, Penyamaan Hitam, Mod Selang Input Rendah, Pengoptimum Penyegaran Semula, Super Arena Gaming UX (Screen Size Optimizer, Black Equalizer, Low Input Lag Mode, Refresh Rate Optimizer, Super Arena Gaming UX)
Antara Muka (Interface)Port SkrinPort Skrin 1.4 (1EA)
 HDMIHDMI 2.1 (2EA)
 Fon TelingaYa
 USB Ports2EA
Reka BentukWarnaHitam
 Jenis PendirianHAS
 TiltYa
 SwivelYa
 Wall MountYa (10+D8:F280x100)
HargaHarga Runcit Disyorkan (RRP)RM9,499.00

Anda boleh ke laman web rasmi Samsung untuk maklumat mengenai Samsung Odyssey Neo G9. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version