Site icon TechNave BM

Samsung Odyssey OLED G6 G60SD dan G8 G80SD dilancar di Malaysia, monitor gaming bermula RM3,999

Samsung Malaysia telah melancarkan dua monitor baharu yang dikhaskan untuk kegunaan gaming iaitu Samsung Odyssey OLED G6 G60SD dan Samsung Odyssey OLED G8 G80SD.

Odyssey OLED G6 G60SD mempunyai panel OLED berukuran 27 inci dengan nisbah aspek 16:9, resolusi QHD (2560×1440), kadar segar semula 360Hz dan masa tindak balas 0.03 milisaat. Ia juga dilengkapi AMD FreeSync Premium Pro yang boleh mengelakkan kesan koyak pada grafik dalam game anda dan mengurangkan input kependaman (input latency) untuk tindak balas yang pantas.

Bagi melindungi panel daripada kesan terbakar (burn-in), ia dilengkapi Samsung OLED Safeguard+ yang terdiri daripada sistem penyejukan dinamik, sistem modulasi haba, pengesanan logo dan taskbar serta boleh memaparkan screen saver.

Di belakang, ia mempunyai tongkat fleksibel yang boleh disengetkan dalam pelbagai sudut dan cahaya RGB untuk menghiasi monitor. Ia boleh dihubungkan melalui dua port HDMI 2.1, satu DisplayPort 1.4 dan tiga port USB 3.0.

Odyssey OLED G8 G80SD pula mempunyai panel OLED berukuran 32 inci dengan resolusi 4K (3840×2160), kadar segar semula 240Hz dan masa tindak balas 0.03 milisaat. Ia mempunyai rekaan sama dan kebanyakan fungsi yang terdapat pada G6 G60SD seperti OLED Safeguard+ dan AMD FreeSync Premium Pro.

Satu perbezaan pada G8 G80SD adalah pemproses NQ8 AI Gen 3 yang turut digunakan dalam televisyen 8K Samsung, supaya monitor ini boleh menghasilkan imej yang cantik dengan teknologi AI. Monitor ini juga menyokong aplikasi Smart TV Apps dengan AI.

Berikut adalah harga untuk kedua-dua monitor dalam pasaran Malaysia:

Pembeli yang mendapatkannya sebelum 18 Julai 2024 akan menerima papan kekunci mekanikan Keychron Q1 Hot-Swap RGB (bernilai RM799) secara percuma.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan monitor ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version