Site icon TechNave BM

Samsung Odyssey OLED G9 dilancar di Malaysia: Dwi-skrin QHD, kadar segar semula 240Hz bermula RM8,074

Samsung Malaysia Electronics mengumumkan pelancaran monitor gaming Odyssey OLED G9 (model G95SC) berukuran 49 inci dengan peningkatan AI. Ia menggunakan skrin lengkung 1800R dengan nisbah skrin 32:9 bersama dwi skrin QHD bersebelahan, masa tindak balas kelabu ke kelabu (GtG) 0.03ms pantas dan kadar penyegaran semula 240Hz.

Penambahan Neo Quantum Processor Pro membezakan Odyssey OLED G9 daripada monitor gaming OLED yang lain. Ia menganalisis imej secara bijak dan automatik meningkatkan skala untuk melaraskan kecerahan sambil menguatkan kontras. Monitor ini menggunakan AMD FreeSync Premium Pro dengan DisplayHDR True Black 400 untuk butiran dan warna yang terang.

Odyssey OLED G9 menampilkan reka bentuk nipis manakala bahagian belakangnya terdapat CoreSync dan Core Lighting+ serta pembesar suara stereo dalaman yang melengkapkan kandungan pada skrin. Ia menyediakan akses kepada penstriman dan hiburan daripada pembekal perkhidmatan OTT (over-the-top) tanpa sambungan ke PC atau peranti mudah alih.

Beberapa pilihan sambungan disediakan termasuk HDMI 2.1 dan micro HDMI 2.1, port paparan 1.4 dan suis sumber Auto+ manakala kakinya boleh dilaraskan mengikut kedudukan pengguna.

Ia mempunyai dua varian iaitu G95SC pada harga RM8,499 (RRP:9,999) dan G93SC berharga RM8,074 (RRP: RM9,499). Promosi pelancaran hanya sah dari 24 Julai hingga 31 Ogos 2023 dan nikamati pelan ansuran 0% sehingga 36 bulan dengan penghantaran standard percuma. Anda juga akan memperoleh mata ganjaran Samsung apabila mereka membeli di Samsung Online Store.

Ketahui maklumat lanjut tentang Samsung Odyssey OLED G9 di laman web rasmi Samsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version