Site icon TechNave BM

Samsung OLED smart TV dilancar di Malaysia: Pra-tempah bermula dari RM10,499

Hari ini, Samsung Malaysia melancarkan TV pintar Samsung OLED baharu dengan harga bermula RM10,499. Mereka yang membuat pra-tempah sekarang sehingga 4 Disember 2022 akan menerima Soundbar HW-Q600B percuma bernilai RM2,599.

Samsung OLED baharu dilengkapi dengan Neural Quantum Processor 4K baharu yang membolehkan penonton mendapatkan pengalaman yang jelas, warna kontras terbaik, hitam lebih dalam dan visual terang. Selain itu, pemproses AI Samsung OLED juga secara automatik meningkatkan skrin kepada definisi tinggi 4K.

Untuk melengkapkan pengalaman audio, TV pintar ini menggunakan teknologi TV berbilang saluran pembesar suara Dolby Atmos di sekeliling skrin. Ia menyokong Q-Symphony yang menggunakan Samsung Soundbars dan disertakan dengan teknologi Bunyi Penjejakan Objek yang menganalisis dan mengoptimumkan bunyi.

Daripada segi reka bentuk, ia mempunyai badan ultra-nipis 7.5mm sambil menampilkan kadar penyegaran semula 4K@120 Hz dan empat port HDMI 2.1 yang boleh disambungkan untuk PlayStation 5 dan Xbox One Series.

Harga Samsung OLED bermula pada RM10,499 untuk model 55 inci dan RM14,499 untuk model 65 inci. Peminat Samsung boleh membuat pra-tempah Samsung OLED di laman web rasmi Samsung Malaysia

Untuk ketahui maklumat lanjut tentang Samsung OLED, anda boleh melawati salah satu daripada pautan di bawah: 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version