Site icon TechNave BM

Samsung pamer konsep PC dengan skrin boleh gulung di Intel Innovation

Skrin boleh gulung telah menjadi topik selama beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi setakat ini, ia hanya dibentangkan sebagai konsep dalam konvensyen teknologi dan tidak pernah dikeluarkan secara komersial. Baru-baru ini, Samsung dan Intel mempamerkan paparan PC boleh gulung 17 inci pertama di dunia.

Digelar sebagai PC skrin boleh digulung, ia kelihatan seperti tablet tanpa papan kekunci di sekelilingnya. Pada masa yang sama, Intel memaparkan perisian Intel Unison yang membenarkan pengguna menyambungkan telefon mereka dengan PC. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, PC skrin boleh digulung ini masih konsep.

Ia mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi sebelum peranti paparan boleh gulung menjadi kenyataan dan dijual secara komersial. Tetapi apa yang dilakukan oleh Intel dan Samsung benar-benar memberi kita gambaran tentang masa depan. Peranti boleh gulung berpotensi menjadi mudah dan dengan bantuan Intel Unison.

Sementara itu, Samsung turut menunjukkan paparan Slideable Flexnya di Intel Innovation. Intel juga memperkenalkan pemproses Intel Core Generasi ke-13 yang terkini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version