Site icon TechNave BM

Samsung Pay jalin kerjasama dengan Boost untuk bawa kemudahan e-dompet kepada pengguna Samsung

Samsung Malaysia telah bekerjasama dengan syarikat e-dompet Boost bagi memudahkan pengguna telefon pintar Samsung Galaxy untuk melaksanakan urusniaga tanpa tunai melalui Samsung Pay. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang terdapat pada pihak penjual untuk menyelesaikan urus niaga mereka.

Selain itu, pelanggan dengan Premium Wallet juga boleh menghantar duit dengan mudah melalui Samsung Pay menggunakan fungsi pindahan wang peer-to-peer dalam Boost. Pelanggan juga boleh menambah nilai daripada kad Visa, Mastercard, American Express atau perbankan dalam talian hanya menggunakan aplikasi Samsung Pay.

Untuk menggunakan fungsi baru ini, pengguna Samsung Pay hanya perlu menghubungkan akaun Boost mereka dengan Samsung Pay untuk mula membayar menggunakan e-dompet Boost.

Bagi menyambut kerjasama baru ini, Samsung juga mengadakan peraduan di mana pengguna Samsung Pay berpeluang memenangi telefon pintar Samsung seperti Galaxy Fold dan Galaxy S20 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM5 dalam satu hari. Peraduan ini akan berlangsung sehingga 30 Jun.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan e-dompet Boost dalam Samsung Pay dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version