Site icon TechNave BM

Samsung perkenal cip 5nm Exynos 1080, vivo X60 mungkin telefon pertama dengan cipset ini

Baru-baru ini, cipset 5nm Samsung yang terbaru dilaporkan bernama Exynos 2100, bukan Exynos 1000. Cipset ini adalah cipset seterusnya untuk generasi cipset Exynos 990 yang ada pada siri Galaxy S20 dan siri Galaxy Note20. Terkini, Samsung dikatakan akan memperkenal satu lagi cipset 5nm yang bernama Eynos 1080.

Cipset Exynos 1080 didakwa sebagai cipset seterusnya untuk generasi Exynos 980. Pengarah Samsung Semiconductor Research Institute di China, Dr. Pan Xuebao hari ini mendedahkan perkara ini.

Exynos 1080 ialah cipset 5nm yang tampil dengan teras Cortex-78 yang boleh memberi prestasi 20% lebih baik berbanding teras A77. Dari segi GPU, ia tampil dengan Mali-G78, melangkau dua generasi baharu dari G76 yang ada pada Exynos 980.

Ramai yang tidak menyangka bahawa Samsung akan membawa dua cipset 5nm di pasaran sekaligus. Menurut khabar angin, vivo X60 akan menjadi telefon pintar pertama yang dikuasai Exynos 1080. Exynos 2100 pula dilaporkan hanya eksklusif untuk siri flagship Samsung tahun hadapan.

Apakah pendapat anda mengenai cipset 5nm Samsung ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version