Site icon TechNave BM

Samsung perkenal Galaxy A01: Telefon kelas permulaan sempurna untuk gaya hidup aktif anda pada harga RM449!

Samsung Malaysia baru-baru ini melancarkan telefon terbaru dalam siri Galaxy A iaitu Galaxy A01. Dengan harga serendah RM449, telefon kelas permulaan ini adalah sesuai untuk dijadikan sebagai telefon pintar pertama buat golongan remaja atau belia.

Ia dilengkapi pemproses lapan teras (octa-core) Snapdragon 439, skrin Infinity-V 5.7 inci, RAM 2GB, ROM 16GB, bateri 3,000mAh dan bicu audio 3.5mm. Kameranya pula mempunyai dua kanta yang terdiri daripada kanta utama 13MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera hadapan pula mempunyai sensor 5MP. Ciri Selfie Focus pada kamera hadapan mampu memberikan selfie yang cantik dengan latar belakang yang dikaburkan.

Walaupun ia telefon kelas permulaan, perisiannya agak hebat dengan sistem operasi Samsung One UI Core yang berdasarkan Android 10. Daripada segi keselamatan pula, ia dilengkapi ciri Face Unlock untuk keselematan biometrik.

Jika anda berminat untuk mendapatkan telefon ini secara percuma, TechNave akan memberikan sebuah Galaxy A01 dalam siaran langsung yang akan diadakan pada 12 Mac 2020. Layari Facebook kami untuk butiran lanjut dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk lebih banyak hadiah dan berita teknologi terkini!

Exit mobile version