Site icon TechNave BM

Samsung perkenalkan ‘AltZLife’, ciri mod peribadi baru

Samsung telah memberi banyak pilihan dan ciri-ciri baru dalam peranti mereka yang dikhaskan untuk pengguna muda. Baru-baru ini, satu lagi ciri baru yang dipanggil AltZLife akan hadir ke telefon pintar Samsung. Ciri ini membolehkan pengguna untuk menyimpan gambar dan video serta fail-fail mereka dengan lebih selamat.

AltZLife mempunyai dua ciri iaitu Quick Switch dan Content Suggestions. Ciri Quick Switch akan membolehkan pengguna untuk menukar mod antara mod normal dan juga mod privasi dengan hanya menekan butang kuasa dua kali.

Manakala untuk ciri Content Suggestion, ciri ini akan mencadangkan pengguna untuk memasukkan gambar peribadi ke dalam Secure Folder. Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu memilih muka atau gambar tertentu dan masukkan kedalam Secure Folder secara manual. Kemudiannya, AI akan mengenal pasti gambar yang berkaitan dari seluruh galeri dan cadangkan untuk dimasukkan ke dalam fail privasi.

Walau bagaimanapun, ciri ini akan datang ke pasaran India dahulu buat masa kini. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version