Site icon TechNave BM

Samsung perkenalkan fungsi RAM tambahan secara percuma kepada telefon Galaxy A

Pelbagai telefon pintar yang telah dilancar sepanjang 2021 dilengkapi fungsi RAM tambahan (extended RAM) atau RAM maya (virtual RAM) di mana telefon akan menggunakan sebahagian daripada storan dalaman untuk dijadikan RAM tambahan kepada RAM asal. Kini, Samsung juga dilihat bakal memperkenalkan fungsi tersebut kepada telefon-telefon mereka.

Samsung telah memperkenalkan fungsi RAM tambahan sebanyak 4GB dalam satu kemas kini untuk telefon kelas pertengahan Samsung Galaxy A52s 5G. Kemas kini itu mempunyai versi firmware A528BXXU1AUH9 dan kini sedang ditawarkan kepada pengguna di India.

Selain memperkenalkan RAM tambahan, kemas kini itu juga meningkatkan penstabilan dalam kamera dan telefon secara menyeluruh. Setakat ini Samsung Galaxy A52s masih belum ditawarkan di Malaysia, namun ia mungkin akan dilancar bersama fungsi RAM tambahan jika ia dilancar di sini.

Galaxy A52s 5G dilengkapi cipset Snapdragon 778G, skrin Super AMOLED 120Hz berukuran 6.5 inci, pengecasan pantas 25W, bateri 4,500mAh, RAM 6GB atau 8GB, storan dalaman 128GB atau 256GB dan rating kalis air IP67.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan fungsi ini dalam telefon Samsung anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sam Mobile

Exit mobile version