Site icon TechNave BM

Samsung perkenalkan TV 8K QLED dengan teknologi AI untuk imej yang lebih jelas dan mempesonakan

Melalui sebuah seminar dalam talian, Samsung Malaysia hari ini memperkenalkan barisan produk televisyen 8K QLED baru untuk tahun ini yang terdiri daripada The Frame, The Serif dan The Sero dengan pelbagai saiz.

The Sero.

Barisan TV Samsung 8K QLED ini menampilkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan Quantum Processor 8K yang telah dikemas kini bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan. TV tersebut dilengkapi ciri-ciri seperti Smart TV, peningkatan skala (upscaling) AI, Multi View, Digital Butler, Bixby Voice Assistant, Adaptive Pictures dan banyak lagi.

Daripada segi audio pula, ia dilengkapi empat pembesar suara dengan teknologi Object Tracking Sound+ (OTS+), Active Voice Amplifier (AVA) dan Q-Symphony serta boleh digabungkan dengan aksesori soundbar Q950T yang telah memenangi anugerah CES 2020.

Bagi gamers pula, TV 8K QLED ini dilengkapi Real Game Ehancer+ di mana televisyen tersebut akan memberi prestasi yang lebih pantas, lag input yang lebih kecil dan grafik pergerakan (motion graphic) yang lebih lancar.

Setakat ini masih tiada tarikh atau harga penjualan rasmi untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki televisyen unggul ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version