Site icon TechNave BM

Samsung S Pen Pro dan S Pen Fold Edition dilancar di Malaysia, bermula RM199

Telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold3 5G merupakan antara telefon pintar terbaik yang dilancar pada tahun ini dan antara fungsi baru yang menarik adalah sokongan untuk stilus S Pen Fold Edition, sesuatu yang tiada dalam Fold2 pada tahun lepas. Pada hari ini, Samsung Malaysia mula menjual stilus tersebut yang akan dijual pada harga RM199.

S Pen Fold Edition adalah sebatang stilus yang direka khas untuk skrin sensitif pada Galaxy Z Fold3, dengan mata pen yang lembut untuk mengelakkan kesan calar pada skrinnya. Ia mempunyai fungsi Air Command di mana pengguna boleh mengakses fungsi seperti Smart Select, Screen Write dan Live Message dalam telefon Fold3 apabila stilus itu tidak bersentuhan dengan skrin.

Selain itu, Samsung Malaysia turut memperkenalkan stilus S Pen Pro yang akan dijual pada harga RM499. S Pen Pro boleh digunakan dengan pelbagai jenis peranti Galaxy dan turut menyokong fungsi gerakan Air Action yang membenarkan pengguna untuk menggerakkan tangan di udara bagi melakukan tugas tertentu.

Pengguna S Pen Pro juga boleh bertukar di antara peranti Galaxy yang digunakan dengan satu klik sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang dua stilus ini, layari laman web Samsung Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli stilus ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version