Site icon TechNave BM

Samsung sah akan anjurkan Galaxy Unpacked pada 11 Ogos

Selepas pelbagai khabar angin awal, Samsung akhirnya mengesahkan bahawa mereka akan menganjurkan acara pelancaran Galaxy Unpacked seterusnya pada hari Rabu, 11 Ogos jam 10:00 malam waktu Malaysia.

Cogan kata acara tersebut adalah “Get ready to unfold”, mungkin merujuk kepada dua telefon pintar lipat yang akan dilancarkan iaitu Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy Z Flip3. Ilustrasi yang disertakan dalam poster acara tersebut juga menunjukkan rupa dua peranti tersebut secara ringkas.

Acara tersebut akan disiarkan dalam laman web Samsung Malaysia, YouTube dan Facebook. Mereka yang berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat awal tentang produk baru yang akan dilancar boleh daftarkan diri dalam laman web Samsung, di mana mereka juga berpeluang mendapatkan e-baucar bernilai RM300 untuk pembelian gajet Galaxy seterusnya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version