Site icon TechNave BM

Samsung sah ikut jejak Apple, gambar kotak Galaxy S21 didedahkan tanpa pengecas

Siri Samsung Galaxy S21 bakal dilancarkan pada 14 Januari 2021, jam 11PM waktu Malaysia. Sumber kini mendedahkan gambar kotak Samsung Galaxy S21 yang sekaligus memberi gambaran tepat selari dengan ura-ura lepas iaitu; ketiadaan pengecas dan fon telinga bersama dalam kotak.

Tindakan menjual pengecas dan fon telinga dijual berasingan ini dimulakan oleh Apple berikutan langkahnya ke arah lebih mesra alam. Melihat kepada gambar yang didedahkan ini, kotak Samsung Galaxy S21 kelihatan lebih nipis. Lebih tepat, apa yang ada di dalam kotak hanyalah alat kad SIM, buku panduan dan kabel USB Type-C sahaja.

Gambar yang didedahkan turut memperlihatkan varian storan peranti iaitu 256GB dan 512GB. Selain itu, terdapat paparan poster mengenai rangkaian 5G yang lebih pantas, kehebatan kamera dalam keadaan gelap, sistem kamera dua lensa dan ciri tahan air atau debu.

Sepintas lalu, siri Samsung Galaxy S21 bakal hadir dengan Snapdragon 888 atau Exynos 2100 (bergantung pada pasaran), skrin Dynamic AMOLED 6.2, 6.7 dan 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 4,000mAh, 4,800mAh dan 5,000mAh serta sokongan 5G. Anda boleh melihat jangkaan spesifikasi lain di pautan ini.

Apakah pandangan anda dengan turutan jejak langkah Apple dalam pengasingan penjualan pengecas ini? Komen pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version